[ Home ] [ Payment ] [ Contact Us ]

SIRI PRODUK KESIHATAN
IKAN LINANG

 
Sejarah Produk  Pengasas Herba Linang Kuning
Kenali Ikan Linang Proses Menangkap Ikan Linang
Kaedah Pemprosesan Produk Keterangan Mengenai Produk Dan Harga
Perakuan Halal Perakuan Pendaftaran
Kajian Mengenai Khasiat Ikan Linang Sejarah Pasaran Produk


Satu Penemuan Khazanah Allah Penuh Rahsia Dan Rahmat Untuk Kehidupan Yang Sehat, Selamat Dan Bermanfaat 

SEJARAH PRODUK LINANG KUNING
Linang Best Industry Sdn Bhd

Herba berasaskan Linang Kuning sudah sekian lama berada di pasaran dan terbukti berkemampuan untuk membantu manusia yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan penyakit kulit. Pada suatu masa dahulu produk Linang Kuning Keluaran Bintang Family Industries adalah satu-satunya produk yang terbaik dan terunggul di Malaysia dan berjaya menembusi pasaran luar negara sehingga penjualannya  mencecah angka jutaan ringgit setiap bulan.

Malangnya Produk ini telah ditiru dan disabotajkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pihak pengeluar terpaksa akur dengan musibah yang menimpa dengan menghentikan pengeluaran demi untuk keselamatan pengguna dan nama baik syarikat. Produk tiruan tersebut boleh memudaratkan kesihatan pengguna dan tidak berkualiti sama sekali. Produk yang pernah ditiru ialah Jamu Ikan Linang, Jamu Linang Kuning Jago, Jamu Linang Kuning Ratu dan beberapa produk lain.

Atas permintaan ramai pihak pengeluar kini mengeluarkan kembali Herba berasaskan Linang Kuning yang lebih berkualiti, berkesan dan selamat digunakan serta label produk yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.







PENGASAS HERBA LINANG

Haji Abdullah Shukri bin Abdul Kadir adalah satu nama tidak asing lagi dalam dunia Herba Tradisional di Malaysia. Beliau sering mendapat tempat di dalam akhbar mahupun dalam televisyen terutama di dalam segmen pembuatan Herba Tradisional.

Haji Shukri anak jati dari Kelantan adalah Perintis/Pengasas Herba Ikan Linang Kuning di Malaysia sejak era 80’an lagi. Beliau mempunyai kilang sendiri untuk memproses Herba dan 2 buah kolam yang mempunyai air terjun buatan manusia untuk menyesuaikan tabiat Ikan Linang. Kilang yang diberi nama Bintang Family Industries Sdn. Bhd. berharga melebihi RM 500,000 ini terletak di Kota Baharu Kelantan.

Beliau mendapat bimbingan serta mempelajari pelbagai ilmu Perubatan dan Penghasil Herba di beberapa Pusat Pengajian sejak dari tahun 1986 hingga tahun 1994. Di antara Pusat Pengajian dan Perguruan beliau ialah:
1. Lembaga Karomah Yogyakarta Indonesia, Yogyakarta-55000 Indonesia, 2. Lembaga Pengajaran Ilmu Rohaniyah, Yogyakarta-55001 Indonesia, 3. Majlis Ilmu Ghaib Al-Miftah
Yogyakarta-55042 Indonesia, 4. Akademik PARAPSIKOLOGI METAFIZIKA INDONESIA
Jamber-68100, Jawa Tengah Indonesia, 5.Yayasan Pendidikan Kursus Kilat Occultisme
Dander-52171(Bonjonegoro), Jawa Timur Tengah, 6. Pusat Perubatan Alternatif UD-Al Karomah, Perkalongan Indonesia, 7. Perguruan Syahadah Langit, Madium, Jawa Timur Indonesia,
8. Perguruan Asmaul Husna, Masjid Muhajirin Pelembang, Pelembang-30137 Indonesia,
9. Perguruan Ilmu Khodamul Ghoib, (Ikatan Tenaga Dalam Al-Barqi)
Mojokarto Indonesia, 10. Perguruan Pelembang, Mbah Ki Sutoyo Pelembang Indonesia
11. Perguruan Tenaga Dalam Mata Hati, Jamber-68123 Indonesia, 12. Perguruan Ilmu Khodam Paranormal, Jakarta Selatan, Indonesia, 13. Perguruan Al-Karomah Bagus Pamungkas, Palembang-3000 Indonesia, 14. Perguruan Al-Hikmah Karomah Sapujagat
Yogyakarta-55281 Indonesia, 15. Pengajian Olahan Herba dan Apotik, Semarang Indonesia
16. Kursus Pembuatan Herba dan Tablet, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Beliau telah berjaya membuktikan khasiat Linang Kuning yang agak jarang didengar oleh masyarakat kita di Malaysia. Hasil penyelidikan yang dilakukan dengan kerjasama beberapa pakar daripada Universiti Tempatan mengesahkan Linang Kuning amat mujarab kepada manusia. Dengan KEBESARAN ALLAH yang dikurniakan beserta pengalaman, beliau menghasilkan Makanan Kesihatan yang mujarab dan pasti selamat digunakan oleh setiap insan di bumi tercinta ini.


KENALI LINANG KUNING

Linang Kuning yang dikenali sebagai Anguilla Mauritiana adalah sejenis ikan air tawar yang bertelur dalam laut dalam. Terdapat berbagai spesis ikan linang dan boleh didapati di seluruh dunia tetapi ikan linang spesis Mauritiana ini bertelur di Lautan Hindi yang dalam hampir 6,000 meter.

Selepas bertelur ibu linang akan mati dan telurnya terapung serta menetas menjadi larva yang dikenali sebagai LEPTOCEPHALUS. Larva dengan perlahan menjadi Linang kecil dan dibawa arus lautan luas sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke Benua-benua yang paling hampir. Ianya berenang menentang arus menuju ke pinggir pantai untuk masuk ke muara sungai. Sekali lagi linang tersebut terpaksa melawan arus untuk masuk ke air tawar untuk membesar.

Kadang kala Linang terus menentang arus hingga ke kawasan pergunungan di mana ada air terjun. Bila tempoh matangnya tiba atau ingin bertelur, linang tersebut akan mundik ke muara untuk kembali ke lautan dalam untuk bertelur dan mati. Begitulah kitaran seterusnya. Linang jenis Mauritius ini ditemui oleh Ahli Sains dari Kepulauan Maritius.

Di Kepulauan Jawa Tengah dan Jawa Timur hingga ke Lautan Ambon dan Irian Jaya, terdapat empat atau lima spesis Linang kesemuanya bertelur di Lautan Hindi, cuma jarak dalaman tempat bertelur sahaja yang berbeza. Tiga Lautan Dalam yang dijadikan tempat bertelur Linang berbagai spesis ialah di Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Malaysia tidak popular dengan Linang kerana Semenanjung Malaysia dilindungi oleh Kepulauan Sumatera dan sudah tentu Linang yang dibawa arus akan terlepas terus ke Kepulauan Jawa.

Disebabkan khasiat yang besar diperolehi dari Linang, kini negara maju sudah meletakkan resepi Linang sebagai hidangan utama untuk menambah tenaga seks dan kesihatan. Linang spesis Japanica amat popular di Jepun dan spesis Anguilla-Anguilla popular di Eropah manakala spesis Rostrata dan lain-lain sangat popular di Amerika.

Kerana cintakan kebesaran Allah s.w.t. serta sayangkan khzanah Allah, maka Linang spesis Mauritiana ditangkap dibeberapa Kepulauan Jawa Tengah dan Jawa Timur kemudian dibawa ke kilang di Kota Baharu, Kelantan dengan perjalanan hampir 3,000 batu melalui udara dan darat semata-mata untuk menghasilkan Herba Produk Ikan Lianag yang mujarab dan berkualiti tinggi serta dapat membantu kesihatan setiap insan di bumi Allah yang tercinta ini.


PROSES MENANGKAP IKAN LINANG KUNING

Kaedah untuk menangkapnya mestilah cekap dan mahir menggunakan mata kail agar tidak mencederakan mulut Linang. Bukan semua yang ditangkap terdiri dari Linang Kuning spesis Anggullia Mauritiana.

Proses memasang kail dilakukan di kawasan yang dikenalpasti. Ianya dikatakan boleh didapati di Kepulauan Jawa Tengah dan Jawa Timur. Ikan Linang dewasa dikatakan membesar dan mencari makanan di kawasan muara sungai dan rawa kayu bakau.

Linang Kuning spesis Anggullia Mauritiana adalah di antara empat spesis yang ditemui di kawasan Kepulauan Jawa Tengah dan Jawa Timur.


KAEDAH PEMPROSESAN PRODUK

Linang Kuning yang dipilih terlebih dahulu disembelih dan baru dipotong untuk mengasingkan kulit dan komponen-komponen yang mempunyai fungsi yang berbeza.

Ianya dimasak bersama dengan herba-herba pilihan yang berkualiti dan dengan doa serta bacaan ayat suci untuk mendapatkan hasil yang berkesan, suci dan halal.
Herba campuran ini dikeluarkan oleh MARDI.

Bahan-bahan lain seperti Tongkat Ali dan lain-lain dimesin menggunakan alat pengisar dan pengadun berteknologi tinggi untuk memastikan ianya diadun dengan sempurna mengikut komposisi yang dikehendaki.

Herba campuran ini diuji terlebih dahulu untuk memastikan ianya berkualiti dan selamat digunakan. Kesemua bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam kapsul mengikut dos yang ditetapkan dengan menggunakan mesin khas sebelum dibotolkan untuk pemasaran.







PERAKUAN HALAL DARI PERTUBUHAN ISLAM

Shangdong Islamic Association merupakan salah satu daripada 3 pertubuhan Islam di negara China yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Pertubuhan ini telah mengesahkan bahawa sarung kapsul Siri Produk Kesihatan Ikan Linang adalah diperbuat daripada sumber lembu yang disembelih mengikut cara-cara Islam dan proses pengeluaran sarung kapsulnya tidak menggunakan bahan-bahan yang haram disisi agama Islam. Maka sarung kapsul ini telah diiktiraf "HALAL" dan sesuai untuk pemakanan umat Islam.


KAJIAN MENGENAI KHASIAT IKAN LINANG KUNING
Jenis Anguillia Maurities

Linang Kuning mengandungi Asid Lemak (Arachiodonic Acid) yang tinggi dan berupaya membantu manusia mengeluarkan Hormon Prostaglandin bagi bertindak di antaranya untuk; Menguatkan anggota sulit kaum lelaki, mengelakkan penyakit mati pucuk, menguatkan tenaga manusia, merangsang hubungan kelamin, menambahkan antibodi dan tenaga fizikal, membuang air, angin dan lemak berlebihan dalam badan, mengurangkan gula dalam darah, melancarkan perjalanan darah
serta menjaga kesihatan kulit.

Berikut adalah kajian Prof. Madya Lokman Shamsudin (UPM)
mengenai khasiat Ikan Linang Kuning.

Peratus komposisi asid lemak penting tidak tepu dari jumlah total asid lemak/lipid ikan.
( CLO - Minyak Hati Kod )       ( BLO - Minyak Hati Linang )
Jenis Asid Lemak Penting (Tak Tepu)






16:1 Asid Palmitolic
8:1 Asid Oleik
* 18:2w6 Asid Linoleik (LA)
18:3w3 Asid Linoleik
* 20:4w6 Asid Arakidonik (ARA)
** 20:5w3 Asid Eikoapentoik (EPA)
**22:6w3 Asid Dokosaheksanoik (DHA)







Indeks w3 (omega 3)
Indeks w6 (omega 6)
Lemak Tepu

CLO IKAN KOD






8
20.5
1
0.2
0.3
12
3







3
8
20

BLO LINANG






5
20.1
3
2
5
15
14







24
39
15

*   Contoh asid tak tepu jenis omega 6
** Contoh asid tak tepu jenis omega 3

1.     W6 memberi khasiat baik kepada kulit
2.     W6 memberi khasiat baik kepada sistem fisiologi tubuh badan kita, termasuklah sistem pendarahan, saluran darah serta lain-lain organ (hati, paru-paru, buah pinggang, sistem urat saraf dan lain-lain.
3.     Secara perbandingan w6 asid lemak tak tepu pada linang lebih baik dari ikan kod dan begitu juga dari segi lemak tak tepu omega 3.
4.     Empat jenis asid lemak tepu penting (LA, ARA, EPA dan DHA) didapati terdapat dengan banyak pada linang dibandingkan dengan ikan kod. Jenis EPA dan DHA adalah berkhasiat pada badan manusia manakala LA dan ARA adalah berkhasiat pada keseluruhan fisiologi tubuh manusia.
5.     Kajian di USA menunjukkan bahawa ramai orang yang mengidap penyakit kulit (sopak) adalah disebabkan kekurangan zat LA dan ARA. Kesemua asid lemak penting tersebut adalah bahan pemula (precursor) bagi hormon-hormon tertentu dalam badan manusia.



PERAKUAN PENDAFTARAN

Siri Produk Kesihatan Ikan Linang telah didaftarkan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 Peraturan 8(8) Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan nombor perakuan: MAL19950850T bertarikh 23 May 1996

Ianya mendapat pengiktirafan disamping kelulusan Kementerian Kesihatan, berikutan hasil kajian beberapa pakar termasuk pakar perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijalankan sejak 1994. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kandungan asid lemak ikan linang kira-kira 10 -15% lebih tinggi berbanding ikan kod.

Asid lemak mempunyai fungsi yang besar dalam kesihatan seperti;
Menambah hormon bagi tujuan pembesaran, perawatan kulit, awet muda, meningkatkan rangsangan seks, memelihara sistem urat saraf, sistem pengaliran darah di organ vital dan sistem fisiologi tubuh.


SEJARAH PASARAN PRODUK

Dengan usianya yang telah menjangkau lebih daripada 15 tahun, Siri Produk Kesihatan Ikan Linang keluaran Bintang Family Industries ini telah memasuki pasaran tempatan di seluruh Malaysia malah lebih daripada itu Siri Produk Kesihatan Ikan Linang sudahpun memasuki pasaran global dengan jayanya.

Sebelum disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, jualan bagi Siri Produk Kesihatan Ikan Linang ini  pernah mencecah sehingga lebih daripada RM1,000,000.00 (sejuta ringgit) sebulan.

Di antara negara yang telah mengimport produk ini melalui agen yang dilantik ialah: CHINA, SINGAPURA, VIETNAM, UAE, INDONESIA, ARAB SAUDI, AUSTRALIA, THAILAND, BRUNEI, QATAR DAN KUWAIT.

Adalah diharapkan dengan kembalinya semula produk ini dipersada dunia herba tradisional, lebih banyak lagi negara yang akan ditembusinya dan akan lebih ramai lagilah para pengguna yang mendapat manfaat daripada khazanah Allah yang penuh rahsia dan rahmat ini.

Semoga usaha pengasas herba linang ini (Hj Abdullah Shukri Abdul Kadir) diganjari Allah SWT setimpal dengan cita-cita dan pengorbanan beliau untuk memberikan khidmat kepada masyarakat menuju kehidupan yang
bahagia, sehat dan selamat.
 

kembali ke atas

[ Home ] [ Payment ] [ Contact Us ]