[ Home ] [ Payment ] [ Contact Us
Keterangan Mengenai
PRODUK KESIHATAN IKAN LINANG
(LINANG HEALTH PRODUCT)

 Tubuh yang sihat, kuat, cergas dan bertenaga adalah idaman setiap insan. Tetapi disebabkan kita sibuk dengan tugas harian kita sering lalai mengawasi tahap kondisi diri yang semakin hari semakin dimakan usia. Kita hanya mengeluh setelah tenaga dan kecergasan kita menurun. Fenomena begini terjadi akibat gangguan saraf yang tidak normal berpunca dari keracunan makanan (FOOD POISONING), kesan sampingan dari akibat cuaca dan kuman seperti Bakteria dan Virus serta fakta makanan harian yang tidak seimbang. Dalam situasi begini kita akan terdedah kepada berbagai penyakit seperti krem (KREME), sakit sendi, sengal-sengal tulang (RHEUMATISM), lenguh-lenguh dan kebas (NUMBNESS), sakit kepala (HEADACHE), sakit pinggang (LUMBAGO), lemah tenaga seksual, stress dan sebagainya. Setiap penyakit ada penawarnya dan setiap masalah ada cara penyelesaiannya.

 Produk kesihatan Ikan Linang yang dibuat oleh Bintang Family Industries diproses berasaskan kepada sumber alam semula jadi seperti akar-akar kayu pilihan, Dedaunan, Bijirin, Herba tempatan, Herba Ayurveda (India dan Himalaya) dan ada beberapa produk tambahan dari pati Ikan Linang. Ikan Linang yang telah terbukti secara saintifik mengandungi Asid Lemak (ARCHIDIONIC ACID) yang boleh membantu badan manusia mengeluarkan Hormon PROSTAGLANDIN bagi bertindak merangsang kekuatan seks, menambah tenaga serta menjaga kesihatan kulit. Bahkan dalam buku Tajul Muluk tercatat bahawa kepala Ikan Linang jika diproses dapat mengubati lemah tenaga batin dan dapat membantu membesar, memanjang serta menegang alat kelamin lelaki.

 Kepala suku Bumiputra Islam di kepulauan Karimun Jaya Indonesia yang pulaunya terletak ditengah-tengah laut Jawa kira-kira 250 batu dari tanah besar Jawa telah lama mengamalkan hasil dari Ikan Linang Spesies Anguilla Mauritiana sebagai bahan utama untuk merawat alat kelamin lelaki agar lebih sempurna. Mereka dikenali sebagai ‘Pak Gedek’ (Bapak Besar) yang mempunyai alat kelamin yang besar, panjang serta tegang. Mereka menganggap Ikan Linang benar-benar khazanah anugerah Allah kepada kaum Adam. Pembuat produk ini yang juga pengasas produk Ikan Linang di Malaysia telah hampir 3 tahun bersama kepala suku Karimun Jawa bersama-sama mencari Ikan Linang untuk dibawa balik ke Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan, serta banyak mempelajari pengadunan, olahan resepi supaya mantap, ampuh, manjur dan berkat.

Produk kesihatan Ikan Linang keluaran Bintang Family Industries 
mengandungi pelbagai citarasa dan fungsi:


1. LINANG JAGO - Afrodisiak untuk lelaki
Untuk kaum pria yang bermasalah atau ingin meningkat prestasi seksual serta ingin mempunyai alat Vital yang lebih sempurna.
FORMULA: Anguilla Mauritiana(120mg), Eurycoma Longifolio jack(60mg), Smilax Myositiflora(60mg), Curcuma Domestika(60mg), Ficus Callicarpa(28mg). INDIKASI: Afrodisiak untuk lelaki, menambah tenaga dan kesihatan bagi lelaki serta menghilangkan keletihan, menambah ransangan serta melancarkan perjalanan darah. Membantu meredakan penyakit yang berpunca dari saraf sejuk. KANDUNGAN: 60 Kapsul @ 400 mg CARA MENGGUNA: 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.

HARGA : $ 20.00 


2. MINYAK LINANG JANTAN - Minyak urut untuk keperkasaan alat kelamin kaum Pria.

FORMULA: Anguilla Mauritiana - 35%, Nigella Sativa - 10%, Kaempferia Galanga - 5%, Eurycoma Longifolio - 7%, Zingiber Officinale - 5%, Cocus Nucifera - 38%. 
INDIKASI: Untuk menegang, mengembang alat Vital lelaki, melurus saraf yang kaku bagi melancarkan pengisian darah kepada Corpora Carernosa Panis dan Corpus Cayernosum Urethrae, membantu lelaki lemah tenaga batin agar kembali kuat, sihat dan berkat. KANDUNGAN: 48 ml CARA MENGGUNA: Urut dua kali sehari (pagi dan petang) ikutilah panduan mengurut yang disediakan.

HARGA : $ 37.00 


3. LINANG SERAPAT - Afrodisiak untuk wanita agar Sihat, Bertenaga, Ceria dan Bahagia.
Untuk kaum Hawa yang ingin atau kurang sensitiviti atau mahu lebih peningkatan serta ingin merawat rahim agar lebih kencang, hebat.

FORMULA: Anguilla Mauritiana(120mg), Labisia Fumila(120mg) Croton Caudatum(60mg), Uncaria Gambir(40mg), Rafflea Hasselti(40mg), Phyllanthus Niruri(20 mg). 
INDIKASI: Menjaga kesihatan, menambahkan tenaga, merawat keputihan, membuang lendir, merapat rahim. KANDUNGAN: 60 kapsul @ 400 mg CARA MENGGUNA: Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Larangan: Jauhkan dari kanak-kanak dan perempuan mengandung. HARGA : $ 20.00 


4. LINANG PUTERI - (Ramuan KARATON Indonesia) Merawat Rahim agar Kencang, Hebat, Mesra dan Bahagia.

FORMULA: Anguilla Mauritiana(120mg), Plubago Zeylanica(60mg),Coscirium Blumeanum(60mg), Hippocrtea Indica(40mg), Alipinia Galanga(40mg),Curcuma Domestika(40mg), Labisia Fomilia(40mg). INDIKASI: Menambah tenaga, menguat badan, merawat sendi, saraf dan otot-otot, melancar perjalanan haid, merawat Abdomen, mengecut peranakan. Amat sesuai untuk wanita selepas bersalin. KANDUNGAN: 60 kapsul @ 400 mg CARA MENGGUNA: Amalkan  2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Larangan: Jauhkan dari kanak-kanak dan perempuan mengandung.

HARGA : $ 25.00 


5. LINANG INSUL - Merawat penyakit gula (kencing manis)

Untuk merawat beranika keuzuran fizikal termasuk urat saraf, sendi, penyakit gula(kencing manis), kurang tenaga, kebas, pinggang, kelancaran air seni, keletihan, kurang daya tahan badan, stress dan sebagainya.

FORMULA: Anguilla Mauritiana(60mg), Helicteres Grispa(80mg), Tinospora Grispa Costus Malortieanus(80mg), Barring Tonik  Acutangula(60mg), Piper Nigrum(40mg) INDIKASI: Merawat serta membersih air seni, merawat penyakit gula. KANDUNGAN: 60 kapsul @ 400 mg CARA MENGGUNA: Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Larangan : Jauhkan dari kanak-kanak dan perempuan mengandung.

HARGA: $ 20.00 


6. JAMU IKAN LINANG
- Penawar Segala Penyakit.

FORMULA: Anguilla Mauritiana(120mg), Eurycoma Longlifolia Jack(60mg), Fleus Calicarpa(60mg), Alyxia Reinwardtii(40mg), Freycinetia Malaccensis(40mg), Freycinetia Spp(40mg), Coscirium Blumeanum(40mg)
INDIKASI: Menambah tenaga dan kesihatan, merawat saraf dan sengal-sengal sendi, melancar perjalanan darah, merawat serta menambah daya tahan fizikal. 
KANDUNGAN: 60 kapsul @ 400 mg CARA MENGGUNA: Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.

HARGA: $ 25.00 


7. PENAWAR GENDUT - Penawar untuk membuang lemak bagi lelaki dan wanita agar badan tidak dibeban dengan masalah kegemukan. Juga dapat membersih usus, saluran najis serta alat kelamin.

FORMULA: Leptos Permum Flavescens(160mg), Kaempferia Galanga(60mg), Tamarindus Indica(40mg), Citrus Aurantifolia(40mg), Zingerber Aromaticum(60mg), Nigella Sativa(40mg). INDIKASI: Penawar antibuncit mengurangkan lemak berlebihan dalam perut dan badan, melawas pembuangan najis, lendir serta angin yang sesat, melancarkan perjalanan darah dan urat saraf serta membersihkan saluran alat kelamin. KANDUNGAN: 90 kapsul @ 400 mg CARA MENGGUNA: Amalkan 3 biji pagi dan 3 biji malam selepas makan. Larangan: Jauhkan dari kanak-kanak dan perempuan mengandung.

HARGA: $ 25.00 


  Produk kesihatan Ikan Linang ini pada hakikatnya bukanlah ubat yang terus memulihkan penyakit, tetapi ianya merupakan penawar kesihatan yang berasaskan sumber alam semula jadi berfungsi untuk memulihkan sistem pergerakan saraf, otot-otot, organ serta melancarkan perjalanan darah supaya keuzuran yang mendampingi elemen-elemen tertentu akan hilang.

  Terdapat para Sarjana perubatan membuat pengakuan bahawa perawatan melalui perubatan moden (Allopathy) banyak penyakit tidak dapat disembuhkan hanya dapat bertahan dengan ubat yang berasaskan dadah. Tetapi penyakit berkenaan sekiranya dirawat melalui penawar semula jadi (Tradisional yang beretika) dalam jangka masa tertentu ianya boleh dipulihkan secara total.

"MANUSIA HANYA BERUSAHA, ALLAH PENENTU SEGALA-GALANYA"

"BUKANLAH UBAT ITU YANG MENYEMBUHKAN TETAPI ALLAH JUA YANG MENYEMBUHKANNYA"
 
 

kembali ke atas